REFLEKSI MINGGU 3 HMT 411 DAN HMT 415

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog.

Hari ini, saya masih lagi melakukan refleksi bagi subjek HMT 411 dan HMT 415.

REFLEKSI HMT 415

Pada minggu ini, Selasa 24/9/19 dan Rabu 25/9/19  kami telah memulakan kelas kami untuk minggu ketiga. Dalam kelas minggu ini kami telah diberikan penerangan tentang kuliah psikolinguistik, dimana pada minggu hadapan kuliah akan dikendalikan oleh Dr Ivy.  Pada minggu tersebut kami tidak diberikan tugasan tetapi kami perlu melakukan fotokopi bagi artikel dan nota yang telah diberikan oleh Dr Ivy. 

Nota yang diberikan oleh Dr Ivy, pada minggu tersebut perlu dibaca dan difahamkan bagi memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana, psikolinguistik ini adalah subjek yang berkaitan dengan sains dan perkembangan bayi, kecelaruan dalam berbahasa dan sebagainya. Disebabkan hal ini, kami dikehendaki untuk melakukan ulangkajicdahulu bagi nota-nota yang telah diberikan. 

Nota-nota yang diberikan oleh Dr Ivy adalah berkaitan dengan infant speech pertuturan iaitu berkaitan dengan persepsi pertuturan. 

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu 3 ini. 
Terima kasih kepada semua pembaca blog.









REFLEKSI HMT411

Rabu, 25/9/19 merupakan minggu 3 proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pada minggu ini, adalah minggu yang amat mendebarkan kerana, kami diminta bentang jurnal kami. Saya bersama kumpulan saya iaitu Asmah dan Farizzul, diminta membentangkan jurnal kami yang bertajuk
Pengetahuan dan Penguasaan Dwibahasa Menerusi Aplikasi Google Translate: Implikasinya Terhadap Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Malaysia.  

Dalam jurnal ini, kami ingin mengkaji tentang penggunaan aplikasi Google Translate dalam membentuk makna dan ayat daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Disini kami, ingin mengkaji tentang perubahan yat yang melibatkan tentang morfologi dan sintaksis. 

Pada masa yang sama, jurnal yang dilakukan ini, kami perlu membentang pada akhir semester kami sebelum peperiksaan akhir kami. 

Pada pengajaran dan pembelajaran minggu ini, dapat saya simpulkan bahawa, ilmu yang sudah mahir itu, asalnya adalah ilmu yang dicari, dan dilatih setiap masa agar kita mahir berkenaan dengan sesuatu perkara atau ilmu yang dipelajari. Perasaan saya ketika membentang tajuk jurnal bersama dua lagi rakan saya, amat merisaukan kerana banyak tajuk yang sudah ditolak oleh pensyarah.


Oleh itu, sekian sahaja refleksi subjek saya pada minggu ini. 
In Shaa Allah refleksi pada minggu 4 akan menyusul.
Assalamualaikum semua kepada blog.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERIBAHASA : BANYAK UDANG BANYAK GARAM

TEMUDUGA DAN SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PRAMUGARI

5 Gaya Domain Psikolinguistik