Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

REFLEKSI MINGGU 3 HMT 411 DAN HMT 415

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog. Hari ini, saya masih lagi melakukan refleksi bagi subjek HMT 411 dan HMT 415. REFLEKSI HMT 415 Pada minggu ini, Selasa 24/9/19 dan Rabu 25/9/19  kami telah memulakan kelas kami untuk minggu ketiga. Dalam kelas minggu ini kami telah diberikan penerangan tentang kuliah psikolinguistik, dimana pada minggu hadapan kuliah akan dikendalikan oleh Dr Ivy.  Pada minggu tersebut kami tidak diberikan tugasan tetapi kami perlu melakukan fotokopi bagi artikel dan nota yang telah diberikan oleh Dr Ivy.  Nota yang diberikan oleh Dr Ivy, pada minggu tersebut perlu dibaca dan difahamkan bagi memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana, psikolinguistik ini adalah subjek yang berkaitan dengan sains dan perkembangan bayi, kecelaruan dalam berbahasa dan sebagainya. Disebabkan hal ini, kami dikehendaki untuk melakukan ulangkajicdahulu bagi nota-nota yang telah diberikan.  Nota-nota yang diberikan oleh Dr Ivy adalah berkaitan dengan infant speech pertu