5 Gaya Domain Psikolinguistik

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca blog.

Untuk entri kali ini, saya masih lagi menggunakan Bahasa Melayu baku. Sebenarnya tajuk entri kali ini lebih kepada tuntutan tugasan sebagai pelajar dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu. Saya merupakan pelajar yang kini sedang mengikuti subjek HMT 415 Psikolinguistik. Apa itu psikolinguistik?

Psikolinguistik adalah penggabungan antara dua kata ' psikologi ' dan ' linguistik '. Psikologi merupakan kata yang wujud daripada bahasa Inggeris iaitu ”psychology” yang berasal daripada bahasa Yunani ”psyche” yang bermaksud jiwa, roh, atau sukma dan ” logos” yang berarti ilmu. Oleh itu,  secara etimologis psikologi bermaksud ilmu jiwa atau ilmu yang objek kajiannya adalah jiwa. 

Linguistik pula, dalam bahasa Belanda yang berasal dari bahasa latin ”lingua” yang berarti ”bahasa”. Kata-kata tersebut diserap kedalam bahasa Indonesia menjadi linguistik yang bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang menelaah bahasa sebagai objek kajiannya secara ilmiah. Jadi, psikolinguistik mempelajari faktor-faktor psikologis yang memungkinkan manusia mendapatkan, menggunakan, dan memahami bahasa.

Pada entri kali ini, pelajar-pelajar HMT415 dikehendaki melakukan 5 aksi gaya bergambar yang perlu dikaitkan dengan psikolinguistik. Psikolinguistik  ini ada enam domain dan hanya lima gaya versi ini berkaitan dengan  lima domain sahaja dalam psikolinguistik. 

Antara domain psikolinguistik ialah:


Bahasa dan Pemikiran



Domain bahasa dan pemikiran adalah peranan yang dimainkan oleh bahasa manusia di dalam pemikiran kita. Bahasa dan pemikiran ini juga mempunyai perbezaan bahasa yang mengakibatkan cara kita berfikir juga berbeza. Sebagai contohnya, saya pernah mempelajari bahasa mandarin. bagi saya, bahasa mandarin sangat sukar untuk difahami kerana terdapat ton dalam bahasa Mandarin. Sebagai contohnya saya mengambil perkataan Má (-), Mà( marah), Mā(mama), Mă(kuda). Perkataan ini sama tapi mempunyai maksud yang berbeza daripada segi ton. Disinilah bahasa dan pemikiran memainkan peranan yang melibatkan cara berfikir kita berbeza jika tidak dipelajari dengan baik bagi setiap bahasa. Contoh  diatas dapat dikukuhkan bahawa dalam teori deterministik linguistik Whorf, penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa orang yang bercakap bahasa yang berbeza benar-benar berfikir secara berbeza dan bahasa itu mempengaruhi persepsi individu tentang realiti. Oleh itu, penggunaan bahasa Mandarin yang dipelajari oleh penutur yang berbeza akan menghasilkan cara pemikiran yang berbeza. 


Gangguan Bahasa


Domain seterusnya ialah gangguan bahasa. Gangguan bahasa ini berlaku apabila terdapat halangan dalam penyampaian maklumat, pemprosesan bahasa dalam diri seseorang. Gangguan bahasa in juga boleh terhasil dalam pelbagai bentuk seperti lisan, isyarat dan sebagainya. Dalam bentuk isyarat, seseorang yang mengalami gangguan bahasa akan menunjukkan isyarat seperti marah atau apa sahaja bentuk ketika mengalami gangguan ini. Sebagai contohnya,  pelajar yang melakukan kesalahan dalam kata kerja, penggunaan ganti nama ini merupakan sebahagian daripada proses gangguan bahasa.



Neurokognisi


Disamping itu, neurokognisi merupakan salah satu domain dalam psikolinguistik. Gangguan kognitif merupakan gangguan dan kondisi yang mempengaruhi kemampuan berfikir seseorang. Individu dengan masalah seperti itu akan memiliki kesulitan dengan ingatan, persepsi, dan belajar. Individu yang mengalami neurokognisi adalah akan mengalami gejala seperti masalah dengan memori, perubahan perilaku, kesulitan memahami bahasa. kesulitan melakukan kegiatan sehari-hari. Gaya diatas terdapat sedikit persamaan dengan neurokognisi yang mana tangan dikepala mempunyai kaitan dengan masalah otak.


Pemerolehan bahasa


Pemerolehan bahasa ialah seorang kanak-kanak yang memperoleh kemahiran iaitu pemerolehan bahasa pertama. Dalam masa yang sama, kemahiran-kemahiran dalam pemerolehan bahasa ini mengikut keadaan dan juga diperluaskan kepada bahasa-bahasa yang lain iaitu seperti pemerolehan bahasa kedua. Sebagai contohnya, menurut Menn dan Stoel Gammon, perkembangan bahasa dibahagikan kepada lima tahap iaitu apabila bayi dalam usia 6 bulan iaitu pada tahap "cooing", tahap bermain dengan vokal, tahap "canonical babbling". Pada umurnya menjangkau 10 bulan keatas  sudah berubah tahap kepada "conversational babbling.  Ketika kanak-kanak mencapai umur 1 tahun dan keatas, ia akan mengeluarkan bunyi atau satu kata untuk merujuk kepada sesuatu yang bermakna misalnya bunyi motor merujuk kepada benda motor. Disini dapat dilihat sebagai berlakunya pemerolehan bahasa berlaku. Gaya diatas menandakan berlaku pemerolehan bahasa pada banner konvokesyen tersebut.



Pemahaman bahasa 


Akhir sekali, pemahaman bahasa isyarat akustik atau visual diinterpretasikan secara lingustik oleh pendenga, pengguna bahasa isyarat, atau pembaca. Persepsi pertuturan, pengaksesan leksikal, pemprosesan ayat dan wacana termasuk dalam pemahaman bahasa. Bahasa penulisan juga sebahagian daripada domain ini. Sebagai contoh,  penutur india juga mengalami pemahaman bahasa dalam bahasa mereka kerana terdapat perkataan yang berbeza tapi maksud yang berbeza seperti dan sebutan yang sama seperti "palam" (buah) dan "phalam" (jambatan). Disini berlaku pemahaman bahasa bagi penutur bahasa india yang kurang mendalami bahasa tersebut.


Rujukan:

https://www.coursehero.com/file/36646599/makalah-psikolinguistikdocx/

https://linguistick-of-art.blogspot.com/2017/03/psikolinguistik-bahasa-dan-pikiran.html

https://en.wikiversity.org/wiki/Psycholinguistics/Language_and_Thought

 https://www.psychologytoday.com/intl/conditions/language-disorder

https://www.slideshare.net/syahsyukur/bahasa-kanakkanak-bermasalah-pembelajaran-learning-disabilities

https://www.researchgate.net/publication/323694898_GANGGUAN_BAHASA_DARI_ASPEK_TATABAHASA_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_MELAYU_LANGUAGE_INTERFERENCES_IN_TERMS_OF_SYNTAX_AND_MORPHOLOGICAL_AMONG_THE_MALAY_STUDENTS
 
https://www.docdoc.com.sg/id/info/condition/gangguan-berpikir-kognitif/

https://www.honestdocs.id/neurocognitive-disorder

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf

Menn and Stoel Gammon. (1994). Babbling: On-line. University of Washington: New York.







Sekian terima kasih. 













  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERIBAHASA : BANYAK UDANG BANYAK GARAM

TEMUDUGA DAN SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PRAMUGARI