REFLEKSI MINGGU 2 (SUBJEK HMT411 DAN HMT 415)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog. 

Sepanjang minggu ini saya akan terus menyampaikan kepada anda entri saya kini, lebih berbentuk kepada ilmu yang saya pelajari di dalam kelas. Entri untuk minggu kedua saya memulakan semester akhir saya adalah berkenaan dengan refleksi tentang kuliah bagi subjek HMT411 dan HMT415.

Refleksi minggu 2 MHT415

Jam 10 pagi, 17/9/19, kelas kami HMT415 bermula di dkW. Proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung temapt waktunya. Dalam pengajaran tersebut yang dikendalikan oleh dua orang pensyarah iaitu Dr Ivy dan Dr Odi  serta seorang lagi pensyarah iaitu Puan Haniza yang memerhati kelas itu berlangsung. Proses pengajaran ketika itu, diberikan kepada Dr Odi di mana, beliau ada menjelaskan kepada kami sambungan kuliah minggu lepas berkenaan tajuk 'leksikon" (morfologi dan sintaksis. Leksikon ialah perkataan dan kata  yang juga melibatkan fitu-fitur semantik, prototaip (unsur dalam satu set sumber yang sama), dan perbezaan bagi jenis perkataan. 

Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran disambung lagi, dimana kami diberikan tugas apa itu anomali dan penaabiran. Selain itu, tajuk-tajuk yang terlibat dalam kuliah ini juga adalah seperti sintaksis, semantik, pragmatik, metalonguistik dan sebagainya. Tugasan yang kami terima berkaitan anomali dan penaabiran, dimana kami dikehendaki menyenaraikan 10 ayat anomali dan penaabiran. Anomali ialah yang sesuatu yang mneyimpang apa yang piawai dan normal. Sebagai contohnya dalam anomali, ibu jahit baju (dalam ayat sebernar ibu jahit kain untuk dibuat baju).

Disamping itu, penaabiran ialah, yang mempunyai lebih daripada makna.Sebagai contohnya, "ibu, hujan dah berhenti (ini bermakna budak kecik itu ingin bermain kat luar?) Oleh itu, tugasan yang diterima perlulah disiapkan dan dihantar pada hari khamis.





HMT415 19/9/19 KHAMIS

 Kuliah kedua pada minggu kedua diadakan di dk J. Perkara pertama, kami diminta untuk menghantar tugasan anomali dan penaabiran serta transkripsi video lagu gemuruh yang menggunakan tema makanan tradisional. 

Pada jam 9 pagi kelas bermula, dimana proses pengajaran dan pembelajaran dikendalikan oleh Dr Ivy yang menjelaskan tentang tajuk kuliah berkenaan perkembangan bayi yang berumur 6 bulan dan perkembangan bayi yang berumur satu tahun ke atas.

Selain itu, dalam kuliah ini juga kami dapat memahami bahawa psikolinguistik ini bukan sahaja ilmu bahasa tetapi juga mengkaji bahagian perkembangan bayi. Dr Ivy juga meminta kami untuk menggunakan satu artikel yang berkaitan dengan tajuk kuliah kami dengan mencetak sendiri dalam bentuk kertas. 

Disamping itu, kami juga dijelaskan apa yang terlibat dalam proses perkembangan bayi atau kanak-kanak dalam pertuturan yang mana kami diberikan tugasan untuk menemubual kanak-kanak yang hadir pada upacara konvokesyen USM minggu ini. Temubual yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan tajuk kuliah kami berkenaan dengan psikolinguistik.

Akhir sekali, kami juga diminta untuk menyediakan refleksi bagi setiap kuliah yang telah dijalankan pada setiap minggu.

Sekian.





 Refleksi minggu 2 MHT411

Jam 12 tengahari, 18/9/19, kelas kami HMT411 bermula dimakmal bahasa 1, bangunan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Awal proses pengajaran dan pembelajaran, kami ahli kumpulan diminta untuk membentangkan tentang sejarah lisan iaitu, temubual tokoh yang telah dilaksanakan pada minggu lepas. Kami merupakan kumpulan keempat yang membentangkan hasil kajian kamia dalam sejarah lisan. Dr Odi merupakan penyelaras dalam subjek ini dan beliau banyak menerangkan tentang adab berkomunikasi, cara-cara menemubual dan proses mendapat maklumat dan jawapan daripada tokoh yang ditemubual.

Hasil kajian kami dalam sejrah lisan bahawa kami menebual tokoh dengan satu peringkat kepada satu peringkat yang lain iaitu dengan menceritakan proses keizinan, membentangkan soalan sehingga langkah terakhir mendapat maklumat daripada tokoh tersebut.

Dalam sejarah lisan ini, kami telah mengetahui bahawa adab-adab berkomunikasi ini bukanlah sekadar ketika berdepan denga tokoh yang ditemubual itu, tetapi juga proses awal daripada mendapat keizinan untuk merakam temubual, bentuk soalan dan jawapan soalan perlulah dititikberatkan dalam sejarah lisan ini.  

Sejarah lisan ini juga  penting dalam sebarang tugasan yang melibatkan komunikasi dua hala, atau dalam melakukan jurnal yang memerlukan responden atau sebagainya.

Oleh itu, setiap yang saya perolehi dalam kelas ini adalah sesuatu ilmu baru yang dapat saya jadikan pengetahuan baru dalam alam pekerjaan kelak. Ilmu yang telah dipelajari, bukan untuk disimpan tetapi diterapkan pada masa akan datang dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keperluan.



perbentangan sejarah lisan kami



Gigihnya saya untuk masuk dalam kamera.


Sekian dan terima kasih buat pembaca setia blog saya.

Assalamualaikum.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERIBAHASA : BANYAK UDANG BANYAK GARAM

TEMUDUGA DAN SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PRAMUGARI

5 Gaya Domain Psikolinguistik