REFLEKSI MINGGU 1 (SUBJEK HMT411 DAN HMT415)
REFLEKSI MINGGU 1 HMT415
Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog, sudah sekian lama saya tidak memuat naik entri baru dalam blog saya. Kesibukan sebagai pelajar tidak dapat saya nafikan bahawa saya terpaksa mengejar masa bagi menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Hari ini saya akan menulis entri baru saya dengan menggunakan bahasa Melayu baku. Sebenarnya, entri yang akan saya muat naik kali ini berkenaan dengan kelas pertama untuk semester akhir saya.
Kelas bermula pada pagi Selasa jam sepuluh pagi. Pada pagi itu saya agak terkejut dengan tugasan pertama yang diberi iaitu memilih satu buah lagu iaitu lagu gemuruh jiwa oleh Faizal Tahir. Dalam tugasan itu, kami dikehendaki untuk mencari satu makanan tradisional dan perlu dinyanyikan dalam nada lagu gemuruh jiwa.
Tugasan ini perlu dilakukan dalam dua orang ahli dalam satu kumpulan. Saya memilih seorang rakan yang berbangsa India bernama Rushalini dan kami berdua bekerjasama dalam menyiapkan lagu makanan tradisional mengikut nada lagu gemuruh jiwa.
Kami memilih makanan tradisional kuih lapis dan menyanyikan dalam nada lagu gemuruh jiwa.(Di bawah saya sertakan lirik lagu tersebut yang dicipta khas oleh kami berdua).
Kuih lapis...
berlapis-lapis...
dikukus bersama santan dan gula..
bila dimasak berlapis-lapis...
satu warna pink dan satu warna putih..
Oh..kuih lapis ..
Enak dimakan...
Rasanya manis dan sedikit masin..
Bila dimakan boleh ketagih...
tapi bahaya kena kencing manis....
ulang rangkap 1
ulang rangkap 2
Kuih lapis ini bukan sekadar kuih je...
Ia boleh jadi pencuci mulut....
ulang rangkap dua (ulang 2 kali)
tapi bahaya kena kencing manis (ulang 2 kali).
Diatas merupakan lirik yang telah dihasilkan oleh kami mengikut tempo lagu gemuruh jiwa. Jujur saya katakan ini pertama kali kami dikehendaki mencipta lagu. Pada awalnya, bunyi lagu yang dinyanyikan agak pelik dan kelakar tapi saya sangat seronok dan berpuas hati menyanyikan lagu tersebut.Sebenarnya tugasan ini dapat menjadikan saya lebih berani dalam melakukan sesuatu yang boleh melonjakkan diri saya ke peringkat lebih tinggi. Yakin itu penting agar kita lebih percaya pada diri sendiri berkenaan bakat kita. Bagi saya mencuba setiap perkara baru itu perlu berani tetapi berani dalam keadaan yang berguna. Terima kasih kepada pengajar saya Dr Radiah dan Dr Rozaida. Saya berharap dapat menyambung master dalam subjek psikolinguistik.
REFLEKSI MINGGU 1 HMT 411
Assalamuaikum untuk entri kedua saya berkenaan dengan refleksi saya terhadap subjek HMT411.
Sebenarnya ia masih di peringkat awal untuk saya nilaikan tentang subjek ini. Pada hari pertama kelas HMT411 bermula, kami dikehendaki untuk melakukan pencarian berkenaan dengan sejarah lisan. Sejarah lisan ini merupakan wawancara yang dilakukan bagi mengetahui perkara-perkara berkenaan sejarah atau apa sahaja wawancara.
Bagi saya ia merupakan kali pertama saya melakukan pencarian berkenaan sejarah lisan. Dalam tugasan ini juga kami perlu untuk menemuduga seorang tokoh yang dalam pelbagai jenis pangkat daripada pangkat bawah hingga pangkat yang paling tinggi. Dalam hal ini, kami dikehendaki untuk memikirkan soalan dalam wawancara tersebut kerana bagi mengasah lagi pengetahuan sedia ada kami.
Pengalaman belajar dengan Dr Radiah atau nama panggilannya Dr Odi, merupakan satu pengalaman yang sangat menarik walaupun agar penat dari segi tugasan yang diberikan. Berdasarkan pengalaman, saya banyak mengetahui tentang cara mengedit video, menulisa skrip drama dan sebagainya. Diharapkan agar subjek HMT411 boleh menjadi tambah nilai kepada diri saya yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini dan Insya Allah akan bergraduasi pada tahun 2020.
Sekian sahaja coretan saya pada entri kali ini. Terima kasih.

Ulasan
Catat Ulasan