PERIBAHASA : BANYAK UDANG BANYAK GARAM



(HMT 215 Peribahasa): Banyak Udang, Banyak Garam


Menurut Za’ba peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, dan bijak perkataannya. Peribahasa  dalam bahasa melayu sangat banyak kerana peribahasa digunakan dalam pelbagai situasi. Asal-usul peribahasa banyak udang, banyak garam ini berasal dari zaman nenek moyang kita dahulu kerana peribahasa ini dicipta atas sesuatu tujuan pada zaman itu. Peribahasa juga pada masa kini masih lagi digunakan walaupun ia agak klasik namun peribahasa merupakan bahasa yang sopan apabila dituturkan kepada seseorang.

Selain itu, peribahasa banyak udang, banyak garam dicipta adalah atas beberapa perkara. Maksud daripada peribahasa ini ialah setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan dan pendapat yang tidak sama. Peribahasa ini dicipta kerana pada zaman dahulu tidak mempunyai undang-undang yang ketat seperti sekarang, jadi peribahasa digunakan untuk memberi nasihat, mengawal perilaku atau menyindir seseorang itu berdasarkan sifatnya. Dalam masa yang sama, peribahasa ini juga dicipta kerana berdasarkan perbandingan sesuatu peristiwa dan cerita. Disamping itu, peribahasa ini dicipta kerana hasil kiasan tentang benda-benda dan peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku dalam kehidupan mereka sehari-hari. Sebagai contohnya, peribahasa banyak udang, banyak garam ini boleh dikaitkan dengan perilaku manusia pada masa kini yang banyak ragam orang dan pendapat yang tidak sama.

Kaitan peribahasa ini dengan literasi internet ialah peribahasa banyak udang, banyak garam ini dapat dikaitkan kerana peribahasa ini mempunyai banyak orang, banyak ragam. Kaitan dengan literasi internet ini dapat dikaitan bahawa dalam penggunaan internet juga contohnya jika zaman sekarang dapat dilihat bahawa jika sesuatu perkara itu menjdi tular akan ada suara atau pendapat yang tidak sama dalam memberi komen. Ada juga yang menyatakan tentang kemahuan dan dengan kegemaran mereka terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya dalam laman muka buku seperti ‘ usm life confession’ yang meluahkan pendapat masing-masing dalam laman komen seperti mencari calon isteri, mempunyai minat terhadap seseorang dan pergaduhan antara rakan sebilik, rasa tidak pusa hati dan sebagainya.

Kesimpulannya, peribahasa banyak udang, banyak ragam ini sebenarnya pernah didengar contohnya banyak udang, banyak ragam, banyak orang, banyak ragam. Jika kita memahami maksud peribahasa ini, menyatakan bahawa banyak orang banyak ragamnya seperti perilaku dan sifat seorang itu tidak sama dan pelbagai. Pada hari ini, peribahasa ini sangat sesuai digunakan untuk perilaku manusia dalam norma masyarakat pada hari ini yang sentiasa mementingkan kemahuan, kegemaran dan pendapat sendiri dalam pelbagai perkara. Peribahasa ini juga sesuai untuk digunakan mengikut persekitaran di sekeliling kita. 



 










 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMUDUGA DAN SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PRAMUGARI

5 Gaya Domain Psikolinguistik