Kata-Kata bermakna

Assalamualaikum w.b.t, kepada pembaca blog saya.
Hari ini ingin saya kongsikan kepada anda semua satu kata kata yang manis dan mempunyai makna yang mendalam dipetik dari sahabat muka buka saya. Ayatnya berbunyi seperti ini:


Diamnya diriku adalah diam yang bermakna
Kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna

Sebenarnya ayat di atas adalah tidak formal maka saya akan menukarkan ayat tersebut kepada ayat yang lebih formal.

Bila diriku mula mendiamkan diri, adalah diam yang mempunyai makna
Bila diriku mula melakukan hingar, adalah hingar yang tidak mempunyai apa-apa makna.

Disini akan saya ceritakan maksud kata kata manis itu.

Maksud rangkap pertama ialah "diamnya diriku adalah diam yang bermakna" disini saya dapat rungkaikan maksudnya ialah apabila diri kita ini diam tanpa apa-apa sebab adalah diam yang mempunyai makna. Saya simpulkan disini  diam yang mempunyai makna mungkin kita mempunyai sesuatu perkara atau menghadapi masalah yang tidak dapat diceritakan kepada kawan mahupun sahabat karib. Jadi kerana perkara itu, kita hanya memendam masalah itu sendirian.

Untuk baris "kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna" disini dapat saya rungkaikan maksudnya ialah apabila diri kita dalam keadaan bahagia bermakna kita tidak mempunyai apa apa makna. Saya simpulkan di sini bahawa bahagia yang dimaksudkan adalah bahagia yang tanpa maksud mungkin dapat kita bayangkan seperti kebahagiaan dapat hadiah atau sebagainya.

Itulah yang dapat saya simpulkan kata-kata manis dan bermakna dari sahabat saya di muka buka. Sekian sahaja coretan saya hari ini. Terima kasih.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERIBAHASA : BANYAK UDANG BANYAK GARAM

TEMUDUGA DAN SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PRAMUGARI

5 Gaya Domain Psikolinguistik