TEMUDUGA DAN SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PRAMUGARI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog.


Hari ini ingin saya berkongsi sedikit maklumat mengenai temuduga dan syarat kelayakan sebagai pramugari Saudi AirlinesPramugari Saudi bermakna pramugari dari Syarikat Penerbangan Arab Saudi.
Di Malaysia agak susah untuk mendapatkan pekerjaan pramugari yang berhijab. Tetapi, di negara Arab Saudi pekerjaan sebagai pramugari adalah perlu memakai hijab.
Syarat Pekerjaan pramugari Saudi ialah kita perlu mempunyai pengetahuan asas dalam bidang pramugari. Sebagai contoh, kita perlu tahu cara-cara untuk menjadikan penumpang lebih bertenang jika berlaku  sesuatu perkara yang tidak di ingin di dalam pesawat. Jika berlaku sesuatu di dalam pesawat, pramugari perlu cuba mencari penyelesaian dengan menyelamatkan penumpang dahulu dengan memastikan penumpang turun dahulu berbanding yang lain. Selain itu, mereka juga perlu menjadikan keadaan penumpang lebih selesa di dalam pesawat seperti memberi selimut, bantal dan menyediakan majalah atau buku untuk hiburan penumpang di dalam pesawat tersebut.
Seterusnya, temuduga dalam pramugari Saudi juga mempunyai  dua kali temuduga dan  pemeriksaan kesihatan. Untuk temuduga yang pertama hanyalah dalam keadaan yang tidak formal seperti mengukur tahap kesihatan kita seperti tekanan darah, penyakit jantung, tinggi dan uga berat. Manakala dalam temuduga yang kedua kita perlu bercakap dan berhadapan dengan beberapa penemuduga dari negara Arab Saudi.
Dalam temuduga ini kita perlu fasih dalam berbahasa inggeris dan mempunyai sifat yang berani, ketinggian badan 158cm  dan keatas, 
Selepas temuduga untuk kali kedua selesai kita akan menunggu keputusan daripada penemuduga tentang temuduga kita, Jika melepasi tapisan kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital yang ditetapkan serta menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penerbangan ke luar negara.
Dalam waktu yag sama, pekerjaan pramugari tidak boleh menaikkan berat badan, dan tidak mendapat kerja lebih masa kerana mereka sudah menetapkan waktu untuk jadual kita,
Sekian sahaja perkongsian saya tentang kelayakan dan temuduga sebagai pramugari Arab Saudi.
 Assalamualaikum dan terima kasih.

Pramugari Saudia Airlines

Ulasan

  1. Assalam sis ,macam mana nak mohon jadi pramugari saudi airlines ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam sis, pergi laman web saudia.com kat situ akan ada pengambilan as cabin crew

      Padam
    2. sis cari web careers overview

      Padam
  2. Assalamualaikum sis,maaf mengganggu dkt mna ya nk mohon utk join peramugari Saudi Arabia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam sis pergi laman web saudia.com kat situ ada pengambilan as cabin crew cri web careers overview

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERIBAHASA : BANYAK UDANG BANYAK GARAM

5 Gaya Domain Psikolinguistik