Catatan

REFLEKSI MINGGU 3 HMT 411 DAN HMT 415

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog. Hari ini, saya masih lagi melakukan refleksi bagi subjek HMT 411 dan HMT 415. REFLEKSI HMT 415 Pada minggu ini, Selasa 24/9/19 dan Rabu 25/9/19  kami telah memulakan kelas kami untuk minggu ketiga. Dalam kelas minggu ini kami telah diberikan penerangan tentang kuliah psikolinguistik, dimana pada minggu hadapan kuliah akan dikendalikan oleh Dr Ivy.  Pada minggu tersebut kami tidak diberikan tugasan tetapi kami perlu melakukan fotokopi bagi artikel dan nota yang telah diberikan oleh Dr Ivy.  Nota yang diberikan oleh Dr Ivy, pada minggu tersebut perlu dibaca dan difahamkan bagi memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana, psikolinguistik ini adalah subjek yang berkaitan dengan sains dan perkembangan bayi, kecelaruan dalam berbahasa dan sebagainya. Disebabkan hal ini, kami dikehendaki untuk melakukan ulangkajicdahulu bagi nota-nota yang telah diberikan.  Nota-nota yang diberikan oleh Dr Ivy adalah berkaitan dengan infant speech pertu

REFLEKSI MINGGU 2 (SUBJEK HMT411 DAN HMT 415)

Imej
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog.  Sepanjang minggu ini saya akan terus menyampaikan kepada anda entri saya kini, lebih berbentuk kepada ilmu yang saya pelajari di dalam kelas. Entri untuk minggu kedua saya memulakan semester akhir saya adalah berkenaan dengan refleksi tentang kuliah bagi subjek HMT411 dan HMT415. Refleksi minggu 2 MHT415 Jam 10 pagi, 17/9/19, kelas kami HMT415 bermula di dkW. Proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung temapt waktunya. Dalam pengajaran tersebut yang dikendalikan oleh dua orang pensyarah iaitu Dr Ivy dan Dr Odi  serta seorang lagi pensyarah iaitu Puan Haniza yang memerhati kelas itu berlangsung. Proses pengajaran ketika itu, diberikan kepada Dr Odi di mana, beliau ada menjelaskan kepada kami sambungan kuliah minggu lepas berkenaan tajuk 'leksikon" (morfologi dan sintaksis. Leksikon ialah perkataan dan kata  yang juga melibatkan fitu-fitur semantik, prototaip (unsur dalam satu set sumber yang sama), dan perbezaan

5 Gaya Domain Psikolinguistik

Imej
Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca blog. Untuk entri kali ini, saya masih lagi menggunakan Bahasa Melayu baku. Sebenarnya tajuk entri kali ini lebih kepada tuntutan tugasan sebagai pelajar dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu. Saya merupakan pelajar yang kini sedang mengikuti subjek HMT 415 Psikolinguistik. Apa itu psikolinguistik? Psikolinguistik adalah penggabungan antara dua kata ' psikologi ' dan ' linguistik '. Psikologi merupakan kata yang wujud daripada bahasa Inggeris iaitu ”psychology” yang berasal daripada bahasa Yunani ”psyche” yang bermaksud jiwa, roh, atau sukma dan ” logos” yang berarti ilmu. Oleh itu,  secara etimologis psikologi bermaksud ilmu jiwa atau ilmu yang objek kajiannya adalah jiwa.  Linguistik pula, dalam bahasa Belanda yang berasal dari bahasa latin ”lingua” yang berarti ”bahasa”. Kata-kata tersebut diserap kedalam bahasa Indonesia menjadi linguistik yang bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang menelaah bahasa seba